awak ! awak kena bersabar dengan semua yang berlaku nie !



asalamualaikum . hey readers . entri aida hari nie for my friend piqa :)


# awakk , awakk kena sabar dengan setiap yang berlaku nie kay , Allah suka pada orang yang bersabar . awak kena sabar dengan apa yang berlaku hari nie . past is past sayangg . takmo lha pasal nie awak jadi murung bagai . saya sebagai kawan awakk . sayangg awakk tuh . biarpun saya tak ada kat tempat awak . tapi saya dapat rasa apa yang awak rasa tuh . awak tengah marah sangat . awak , awak kena kuad untuk apa yang berlaku nie . nie semua dugaan untuk awak . awak kena hadap jugak benda nie dengan penuh kesabaran . jangan lha ikut perasaan awak tuh . kan setiap yang berlaku ada hikmahnya . pedulikan apa orang kata pasal awak . sebab hanya awak je tahu diri awak macam mana . manusia biasalah , tak boleh tengok orang lain senang . ada je tak kena . takmo lha marah marah , sedih sedih . awak nak tahu tak ? kalau awak senyum cantik taw . so takmo lha monyok je . nanti dah tak omeyy dahh . acane ? hehehe . senyum , gelak je auww . takmo fikir benda nie . love youu friend <3



Sahabat,
  • Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
  • Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
  • Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
  • Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
  • Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.

Sahabat,
  • Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
  • Kerana apa…?
  • Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
  • Kerana apa…?
  • Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

Waktu dilanda ujian,
  • Redha dan bersabarlah. Orang bersabar kental jiwanya.
  • Ambillah waktu seketika untuk bertenang, kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
  • Keringkan air matamu kawan, rawatlah luka hatimu, ubatilah sakitmu kerana menghadapi dugaan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
  • Carilah teman pendampingmu yang mampu menyokongmu dan membakar semangatmu.
  • Bertaubatlah kepada Allah SWT, kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
  • Dekatkan diri kepada Pencipta, berserah dan mohonlah petunjuk semoga dimudahkan segala urusan. Tiada penolong yang lebih baik selain Allah SWT. Berdoalah dengan membulatkan keyakinan terhadap Allah SWT.





P/S : PAST IS PAST SAYANG , BE STRONG KAY :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI COMMENT SEPATAH DUA KATA . HEHEHE ^____^